Search This Blog

TKRS

Tahun 2014 - Mohd Fashah bin Mizy telah ditauliahkan sebagai Koperal. Beliau melayakkan diri untuk menyertai perkhemahan peringkat Negeri untuk tauliah Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Alumni SK Desa Baiduri

Kelab Alumni SK Desa Baiduri telah diwujudkan pada hari Rabu, 23.04.2014. Satu pertemuan telah dibuat di sekolah pada hari tersebut antara pihak sekolah dengan bekas murid sekolah ini. Pihak sekolah diwakili oleh Pn Rosyatimah binti Amat. Jawatankuasa organisasi juga telah dibentuk untuk melicinkan perjalanan aktiviti Kelab. 

KARNIVAL BAHASA MELAYU ZON CHERAS

Karnival Bahasa Melayu 2014 telah diadakan pada hari Khamis, 17/04/14 bagi Zon Cheras, dan diadakan pada setiap tahun. Karnival tersebut telah melakar kenangan manis dimana murid SKDB turut mencatat beberapa kejayaan.
Mohd Fashah dari Tahun 6 telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan pidato. Dalam acara bercerita, Nurin Natasha , Tahun 3 mendapat tempat pertama. Beliau akan mewakili bertanding pula pada peringkat Daerah di SK Tasek Kesuma. 
Diatas kejayaan ini, sekolah turut membawa pulang piala pusingan Tahun 2014.

Tilawah al-Quran

Muhammad Zafran bin Naharrudin, murid tahun 6 Jujur telah menyertai Tilawah al-Quran Zon Cheras pada awal tahun 2013. Beliau telah menjadi Johan di peringkat zon dan negeri, seterusnya melayakkan diri mewakili Selangor ke peringkat Kebangsaan.

Pada tahun 2014, Dini Akmal dari 6 Jujur telah mendapat Johan tilawah pada peringkat Zon dalam pertandingan yang sama. 

PROJEK MENANAM BETIK

Projek yang melibatkan kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG dengan Jabatan Alam Sekitar ini telah menanam 82 batang betik di 2 lokasi berasingan di kawasan sekolah. Projek yang beranggaran RM5000 ini telah disertai oleh murid-murid dari Kelab Kemahiran Hidup sekolah yang terlibat dengan proses penanaman. Benih betik tersebut dibekalkan oleh pihak MARDI.

PENCAPAIAN UPSR SEKOLAH

2000:
2001:
2002:
2003:
2004:
2005:
2006:
2007:  39 orang mendapat 5A
2008:  31 orang mendapat 5A
2009:  38 orang mendapat 5A
2010:  27 orang mendapat 5A
2011:  23 orang mendapat 5A
2012:  29 orang mendapat 5A
2013:  15 orang mendapat 5A
2014:  21 orang mendapat 5A

PEMBUKAAN SEKOLAH SK DESA BAIDURI

1. Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri mula beroperasi pada 1 Ogos 2000.

2. Semasa mula-mula dibuka seramai 143 orang murid dan 15 orang guru
sahaja ditempatkan dan ditugaskan di sini.

3. Pada tahun 2001 jumlah murid bertambah secara mendadak iaitu seramai 1500.

4. Guru pula bertambah menjadi 67 orang yang diterajui oleh En. Mohd Sharil.

5.Lagu dan logo sekolah ini telah dicipta dan digubah oleh Encik
Roslan bin Din, Encik Suhaimi bin Abd. Rahman, Encik Nazri bin Abu Bakar,
dan Encik Faizal Haedee bin Abd. Hamid. Pada tahun 2011, perkataan "pedoman" dalam lirik lagu telah ditukar kepada "panduan". Melodi lagu juga telah digubah semula oleh Komposer terkenal (Pak Ngah) menjadi lebih malar segar.

6. Sebuah blok bangunan 4 aras siap dibina pada tahun 2009. Pembinaan tersebut dapat menampung jumlah murid yang kian bertambah. Blok  tersebut turut menempatkan sebuah bilik guru baru.